Friday 22 July 2011

bermulanya di sini


KIRA2 SETAHUN YG LEPAS:


surat utusan telah diedarkan.. arahan melalui facebook, e-mail, yahoo messenger, webcam, skype, celcom 019, maxis 012 semuanya telah dikeluarkan.. ayahanda memanggil anak-anaknya dari serata pelusuk negeri pulang ke markas di Alor Setar.. kesemua anak-anak dikehendaki berkumpul di rumah ayahanda.. ayahanda akan mengadakan mesyuarat tahunan yg merupakan acara tahunan keluarga ini.. dan kesemua anak-anak pulang menyahut seruan ayahanda..

-kakak no.1 datang dari arah selatan dgn memandu perdana V6..
-abang no.2 tidak dpt hadir..
-kakak no.3 hadir dari koordinat N3.083 E101.588 menaiki honda city bercermin tinted..
-kakak no.4 tiba bergaya dari Sungai Petani menaiki honda stream kelabu metallic..
-abang no.5 pula berenang merentasi Pulau Langkawi..
-kakak no.6 selamat sampai dgn myvi putih bersama-sama keluarganya..
-aku selaku adik no.7 menunggu di bilik mesyuarat membuat sedikt homework sbg persediaan kalau-kalau nk kena marah, nk kena berleter..

~mesyuarat berlansung~
mesyuarat kali ini bertemakan slogan "keluargaku syurgaku".. usul yg bakal dibawa dalam mesyuarat termasuklah masalah rumah tangga, dari sudut sosial, ekonomi, politik, dll.. malah usul hubungan diplomatik dgn jiran2 juga bakal dibincangkan.. dan usul yg lain adalah berkenaan isu masa lepas dan masa depan aku.. setelah bermesyuarat pong pang pong pang, belanjawan tahunan telah diperuntukkan, jadual giliran balik raya dikemas kini, hubungan baik dgn jiran pun telah dipersetujui, masalah sosial dibincangkan, dll lagi isu.. kemudian, usul isu adik no.7 pula dibentangkan.. mesyuarat berlansung selama 7 hari 7 malam dlm menyelesaikan isu yg agak rumit ini.. kata sepakat masih belum dapat dibuat.. mesyuarat diteruskan lagi.. 


pong pang pong pang.. pong pang pong pang.. 


dan setelah 3 kali jumaat berlalu, mesyuarat akhirnya menamatkan majlis, dan keputusan dibuat..


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


*keputusannya, pasport aku digantung.. dan dikenakan perintah berkurung di bawah "seksyen 153, akta keluarga ayahanda 1990".. maka kini semuanya akan BERMULA DARI SINI..