Sunday 27 November 2011

tahun baru


selamat menyambut tahun baru 1433H bg umat islam di seluruh dunia.. sesungguhnya tahun baru kali ni adalah tahun yg 'istimewa' bg orang-orang yg beriman.. tahun yg merupakan sambungan plot ujian bg umat manusia.. tahun yg membahagikan golongan manakah yg benar-benar beriman dan golongan manakah yg tidak beriman.. moga kita semua tergolong dalam golongan orang-orang yg beriman..
may Allah guide us all to the straight path.. ameen..
      

Friday 25 November 2011

jalan yg lurus

                                    
::dalam ilmu matematik, garis 'lurus' adalah jarak yg mempertemukan di antara dua titik.. 
::dan dalam realiti kehidupan kita sbg manusia, teranglah bahawa dua titik yg dimaksudkan itu adalah "hamba" dan "tuhannya"..
::kesimpulannya, mencari dan menempuh jalan yg 'lurus' itu adalah sebahagian besar atau hakikat drpd perjalanan hidup kita sebagai seorang hamba menuju Allah..
::may Allah guide us all to the straight path..
::moga Allah membimbing kita semua ke jalan yg lurus..             

Thursday 24 November 2011

pengumuman

                                                                             
selepas ni untuk entri-entri yg akan datang, aku akan selitkan sedikit entri yg berat-berat.. hasil daripada homework aku dan beberapa tokoh-tokoh lain.. mana nk tau kalau-kalau esok lusa ayah aku ada terbaca blog ni.. x pasal-pasal aku kena tetak, kena cincang.. ayah aku memang cukup pantang tok nenek dia kalau baca blog-blog yg x menjana minda ni..

sekian..
   
  

manusia biasa

                                                                                                                            
::pd hakikatnya, Fakri Saarani hanyalah seorang manusia biasa.
::Fakri Saarani makan nasi, minum air, berak dan tidur sama seperti manusia biasa..
::Fakri Saarani juga bermain fb, menonton tv, membaca surat khabar seperti manusia biasa..
::di padang bola, jika Fakri Saarani shot bola x padu, tanduk bola x kena, lari x laju, kejar bola x dapat, ianya adalah disebabkan Fakri Saarani hanyalah seorang manusia biasa..
::kadang-kadang manusia biasa seperti Fakri Saarani x dapat beraksi dgn cemerlang..
::sbg manusia biasa, Fakri Saarani x terlepas drpd masalah.. masalah yg mungkin menyebabkan Fakri Saarani x dpt beraksi cemerlang.. siapa tahu, Fakri Saarani mungkin mempunyai masalah hutang ptptn, masalah dengan teman wanita, masalah sering gagal dalam peperiksaan, mahupun masalah kencing x lawas.. masalah-masalah yg sering membelenggu manusia biasa..
::Fakri Saarani juga mempunyai hati dan perasaan sepertimana manusia biasa yg lain..
::Fakri Saarani senyum apabila suka, menangis ketika duka, gembira apabila dipuji dan sedih jika dikeji..
::sebagai manusia biasa sepertimana juga Fakri Saarani, dgn tulus dan ikhlas hati ini, aku ingin memohon maaf kpd Fakri Saarani.. ^^

                                                         

Wednesday 23 November 2011

settle

pg kelmarin aku dapat peluang berbual dgn Fakri Saarani..

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
aku dh minta maaf dgn Fakri Saarani.. siap dia ajak pergi beraya rumah dia lg.. ajak men bola pulak tu.. korang yg lain bla lg nk mintak maaf dgn Fakri Saarani? kah kah kah


settle!!

mohon share

 
      pd suatu hari, aku pergi bersiar-siar di pekan ibu kota 'google'.. di sini ada ramai umat manusia yg turut sama bersiar-siar.. ada yg sdg berblogwalking, ada yg pergi menonton video di perkarangan 'youtube', ada yg tgh window shopping di 'mudah.my'.. yg lepak-lepak di sekitar 'malaysiakini' dan 'tukartiub' pn ramai.. tu belum kira yg tengah merompak muat turun lagu dan filem di kedai 'torrent', 'syok.org' lg.. yg beri'ktikaf dekat masjid 'al-muttaqin' pulak x ramai.. tp di satu sudut ni la orang plg ramai berkumpul, 'facebook' street.. inilah sedikit sebanyak ragam kehidupan umat manusia pd abad ini..
     di tengah-tengah kesibukan manusia menjalani aktiviti seharian mereka, aku terserempak dgn seorang mamat ni.. mamat ni cakap yg dia ni merupakan seorang blogger dari syarikat 'wordpress'.. dia baru saja selesai menulis satu artikel.. artikel ttg isu yg tgh HOT sekarang ni.. isu Fakri Saarani.. dengar saja perkataan Fakri Saarani, aku pn terus capai artikel tu baca dari mula smpai habis.. disebabkan aku baru kenal dgn mamat ni, aku pn berbual dgn menggunakan bahasa KL..

aku: bagus la artikel ko ni.. aku pn ada tulis artikel pasal Fakri Saarani ni.. kalau ko x kisah, aku nk mintak izin ko..
mamat blogger: ek eleh, ko nk buat ape?
aku: aku nk mohon share, boleh?..
mamat blogger: hmm.. hmm.. hmm.. boleh tu boleh, cumanya ko kena tulis nama aku sbg penulis asal artikel ni, barula selamat hasil penulisan aku ni.. nnti takut org lain claim yg diorang punya pulak, ko bknnya xtau zaman skrg ni ramai pencuri, penipu.. perogol pn bnyk.. siot betol..
aku: betul dowh cakap ko.. dulu aku pn hampir-hampir kena.. artikel aku pn ada orang nk rembat.. tp aku dh kasi settle..
mamat blogger: yeke? ko buat ape kt orang tu?
aku: aku baca doa laknat..
mamat blogger: gulp.. ganas betol la ko ni.. seram sial aku dgn ko..
aku: kah kah kah.. so, kira jadi la ek.. jgn ko cakap aku curi artikel ko pulak nanti.. padahal aku dh mohon share..
mamat blogger: hahaha.. silakan share.. aku halalkan dunia akhirat.. o.kla aku nk balik dulu ni.. esok aku kena masuk pejabat.. esok aku nk tulis artikel baru.. jumpa lg nanti bila-bila.. salam..
aku: o.k, jumpa lg.. ko jaga diri.. teruskan menulis, aku follow nanti.. haha.. wassalam..


di bawah berikut merupakan artikel mamat blogger td:

13 Fakta Menarik Fakri Saarani:

Fakri Saarani berjalan lebih laju daripada Jack Wilshere berlari


1. Fakri Saarani mendermakan jantungnya ke hospital… dua kali.
2. Fakri Saarani boleh mendengar anda menjerit di angkasa.
3. Fakri Saarani tidak akan membuat panggilan yang salah. Anda yang menjawab telefon yang salah.
4. Fakri Saarani mendapat suratkhabar Ahad pada hari Khamis.
5. Sesetengah ahli silap mata mampu berjalan di atas air, tetapi Fakri Saarani boleh berenang dalam tanah.
6. Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian. Fakri Saarani.
7. Fakri Saarani menjuarai Akademi Fantasia dengan bahasa isyarat.
8. Ketika Alexander Graham Bell mencipta telefon, beliau menerima 3 missed call daripada Fakri Saarani.
9. Fakri Saarani boleh mencincang air.
10. Fakri Saarani dilahirkan di sebuah rumah papan yang dibina olehnya.
11. Dinosaur pupus kerana Fakri Saarani kini mahu haiwan peliharaan mamalia.
12. Fakri Saarani pernah disaksikan bersin ketika menonton UCL di mamak pada tarikh Empire Shopping Gallery meletup.
13. Laporan sahih mengatakan bahawa Fakri Saarani juga pernah bersin sejurus sebelum Sharbinee Allawee melepaskan gol pertama di final Piala Malaysia 2011.


dan ini sambungannya:
  
13 Lagi Fakta Menarik Fakri Saarani:


Berikut ialah 13 lagi fakta menarik Fakri Saarani yang didedahkan oleh APAMAMA (Angkatan Peminat Manaf Mamat):
1. Ayah Pin menarik pengikut dengan cara menjaja cerita beliau menghidangkan teh kepada Ayahanda Fakri.

Markas Ajaran Ayah Pin
2. Selepas minum teh, Fakri Saarani menyuruh Isaac Newton menghidangkan sarapan buah epal. Teori Graviti dicipta pada hari tersebut.
3. Kemudian Fakri Saarani menyuruh Bill Gates membuka tingkap. Sistem pengoperasian komputer Windows dicipta pada hari yang sama.
4. Bill Gates bersara untuk menumpukan sepenuh fokus bagi memastikan beliau tidak akan lupa membayar ufti kepada Ayahanda Fakri pada setiap tahun.
5. Steve Jobs terlupa membayar ufti kepada Ayahanda Fakri hanya sekali sepanjang usia beliau: iaitu pada tahun ini.

Bill Gates berjoli ketika melancarkan Windows. Kini, beliau telah insaf.
6. Fakri Saarani boleh memijak tanah dengan kedua belah kaki dan membuat bicycle kickpada masa yang sama.
7. Fakri Saarani pernah membicycle kick Hulk. Kini, Hulk bersembunyi di dalam sebuah hutan dan menukar namanya kepada Shrek.
8. Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Ini kerana Fakri Saarani berumah di atas ombak.
9. Rasa takut kepada lelabah dinamakan araknofobia. Rasa takut kepada ruang sempit dinamakan klaustrofobia. Rasa takut kepada Fakri Saarani dinamakan logik.
10. Thi Has Thu, penjaga gol Myanmar dilapor memiliki rekod sebagai pesakit logik ketika zaman kanak-kanak.
11. Mendiang Michael Jackson pernah dijentik di bahagian sulit oleh Fakri Saarani di Taska. Beliau gagal mengatasi rasa trauma kejadian itu sepanjang hidup beliau.

Mendiang Michael Jackson
12. Para pontianak duduk di atas pokok kerana takut tengkuk mereka digigit Fakri Saarani.
13. Laporan sahih mengatakan Donald Duck pernah memiliki suara semerdu P. Ramlee sehinggalah beliau disergah oleh Fakri Saarani.

kah kah kah.. boleh tahan artikel mamat tu..

mohon share dari:


.

Tuesday 22 November 2011

why always me?


kalau Fakri Saarani tanya Why Always Me?

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


jawabla why not? kah kah kah









.

hero baru


ni dulu sapa yg cakap Fakri Saarani hero la, penyelamat la, adiwira la, hensem boy la, cute la, k-pop la, skrg ni sapa nk jawab.. Lisa Surihani, Fasha Sandha, Nealofa semuanya nangis teresak-esak time Fakri Saarani failed sepak bola penalti.. kalau kata Malaysia kalah dgn Indonesia sbb Fakri Saarani sepak penalti x masuk, sapa nk pujuk diorang.. ha!! ha!! jawab.. 

nasib baik ada hero baru..

hero baru datang membantu
ni hero kita yg baru.. lepas ni nk panggil apa pn buleh, nk puji mcm mana pn xpa, nk bodek nk kipas bnyk mana pn xdak sapa bangkang.. masakan pula wahai begitu, sepak bola penalti tengah bg kena keeper pun gol, nk pertikaikan apa lg.. Mokhtar Dahari pn no komen..

sepakan penalti cara hero

gua dh cakap "no komen"

untuk ini, setinggi-tinggi penghargaan kpd skuad bola sepak Malaysia yg berjaya menewaskan Indonesia menerusi sepakan penalti pd final Sukan Sea yg ke-26 di Indonesia.. jutaan terima kasih kpd hero..

"yeah, kita menang.. bersyukur kita ada hero"


"bersyukur la kpd Allah.. ucaplah Alhamdulillah"

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


jangan kata Mokhtar Dahari nk komen, Bung Mokhtar pn nk komen apa sgt?


"kenapa libatkan gua? gua Bung Mokhtar.. itu stadium Bung Karno xda kena mengena dgn gua.. gua x minat bola, gua dh ada isteri"







hero lama..


Monday 21 November 2011

inikah yg dinamakan cinta?




kata orang, x kenal maka x cinta..

dalam teori cinta..
hari ni kita cakap kita benci si dia, kita marah si dia.. tapi esok lusa siapa tahu, mungkin kita cakap kita sayang si dia, kita puji si dia.

dgn mnggunakan teori yg sama, dalam bola sepak..
sebelum game kita cakap ''tukar dia'', ''main mcm gampang'', ''macam patung bernyawa'', ''lembik lutut'',
 tp lepas game kita cakap ''we love u'', ''tahniah'', ''thanx sbb tolong bubuh gol'', "hero negara", "penyelamat negara" dan mcm2 lg.

sebelum game.. sebelum gol



selepas gol.. selepas minit ke-84





ini la apa yg terjadi kpd Ahmad Fakri Saarani, pemain bola sepak Malaysia pd kejohanan Sukan Sea yg ke-26.. beliau telah menjadi mangsa slogan 'x kenal maka x cinta'..

dan segala-galanya berubah selepas detik ini..




kalau dulu Fakri Saarani sering dikutuk dan diperlekehkan, kini nama Fakri Saarani menjadi sebutan ramai sebaik sahaja membantu Malaysia menewaskan Myanmar 1-0 hasil jaringan tunggalnya pd minit ke-84.. kalau dulu Fakri Saarani tu la yg dikatakan botak, yg dogol, yg x hensem, yg muka kampung, tp kini Fakri Saarani la yg macho, yg cute, yg hensem boy, yg ala-ala k-pop.. malah ada jugak yg berani memanggil beliau dgn gelaran 'penyelamat negara' la, 'super fakri' la dan macam-macam lg..



page yg tiba2 mendapat like yg bnyk selepas gol Fakri minit ke-84 

dipuji dgn kata-kata yg berlebihan

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


"tanggapan terhadapmu selama ini adalah salah.. sangkaan terhadapmu kini telah berubah wajah.. pandangan benci kepadamu suatu ketika dulu telah beralih arah.. kepercayaan kepadamu kini kian terserlah.. sokongan kepadamu makin bertambah.. perasaan ini, jiwa ini, hati ini, rasa ini kini telah berubah"..
oh Fakri Saarani, inikah yg dinamakan cinta? kah kah kah


Friday 22 July 2011

bermulanya di sini


KIRA2 SETAHUN YG LEPAS:


surat utusan telah diedarkan.. arahan melalui facebook, e-mail, yahoo messenger, webcam, skype, celcom 019, maxis 012 semuanya telah dikeluarkan.. ayahanda memanggil anak-anaknya dari serata pelusuk negeri pulang ke markas di Alor Setar.. kesemua anak-anak dikehendaki berkumpul di rumah ayahanda.. ayahanda akan mengadakan mesyuarat tahunan yg merupakan acara tahunan keluarga ini.. dan kesemua anak-anak pulang menyahut seruan ayahanda..

-kakak no.1 datang dari arah selatan dgn memandu perdana V6..
-abang no.2 tidak dpt hadir..
-kakak no.3 hadir dari koordinat N3.083 E101.588 menaiki honda city bercermin tinted..
-kakak no.4 tiba bergaya dari Sungai Petani menaiki honda stream kelabu metallic..
-abang no.5 pula berenang merentasi Pulau Langkawi..
-kakak no.6 selamat sampai dgn myvi putih bersama-sama keluarganya..
-aku selaku adik no.7 menunggu di bilik mesyuarat membuat sedikt homework sbg persediaan kalau-kalau nk kena marah, nk kena berleter..

~mesyuarat berlansung~
mesyuarat kali ini bertemakan slogan "keluargaku syurgaku".. usul yg bakal dibawa dalam mesyuarat termasuklah masalah rumah tangga, dari sudut sosial, ekonomi, politik, dll.. malah usul hubungan diplomatik dgn jiran2 juga bakal dibincangkan.. dan usul yg lain adalah berkenaan isu masa lepas dan masa depan aku.. setelah bermesyuarat pong pang pong pang, belanjawan tahunan telah diperuntukkan, jadual giliran balik raya dikemas kini, hubungan baik dgn jiran pun telah dipersetujui, masalah sosial dibincangkan, dll lagi isu.. kemudian, usul isu adik no.7 pula dibentangkan.. mesyuarat berlansung selama 7 hari 7 malam dlm menyelesaikan isu yg agak rumit ini.. kata sepakat masih belum dapat dibuat.. mesyuarat diteruskan lagi.. 


pong pang pong pang.. pong pang pong pang.. 


dan setelah 3 kali jumaat berlalu, mesyuarat akhirnya menamatkan majlis, dan keputusan dibuat..


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


*keputusannya, pasport aku digantung.. dan dikenakan perintah berkurung di bawah "seksyen 153, akta keluarga ayahanda 1990".. maka kini semuanya akan BERMULA DARI SINI..