Wednesday 23 November 2011

mohon share

 
      pd suatu hari, aku pergi bersiar-siar di pekan ibu kota 'google'.. di sini ada ramai umat manusia yg turut sama bersiar-siar.. ada yg sdg berblogwalking, ada yg pergi menonton video di perkarangan 'youtube', ada yg tgh window shopping di 'mudah.my'.. yg lepak-lepak di sekitar 'malaysiakini' dan 'tukartiub' pn ramai.. tu belum kira yg tengah merompak muat turun lagu dan filem di kedai 'torrent', 'syok.org' lg.. yg beri'ktikaf dekat masjid 'al-muttaqin' pulak x ramai.. tp di satu sudut ni la orang plg ramai berkumpul, 'facebook' street.. inilah sedikit sebanyak ragam kehidupan umat manusia pd abad ini..
     di tengah-tengah kesibukan manusia menjalani aktiviti seharian mereka, aku terserempak dgn seorang mamat ni.. mamat ni cakap yg dia ni merupakan seorang blogger dari syarikat 'wordpress'.. dia baru saja selesai menulis satu artikel.. artikel ttg isu yg tgh HOT sekarang ni.. isu Fakri Saarani.. dengar saja perkataan Fakri Saarani, aku pn terus capai artikel tu baca dari mula smpai habis.. disebabkan aku baru kenal dgn mamat ni, aku pn berbual dgn menggunakan bahasa KL..

aku: bagus la artikel ko ni.. aku pn ada tulis artikel pasal Fakri Saarani ni.. kalau ko x kisah, aku nk mintak izin ko..
mamat blogger: ek eleh, ko nk buat ape?
aku: aku nk mohon share, boleh?..
mamat blogger: hmm.. hmm.. hmm.. boleh tu boleh, cumanya ko kena tulis nama aku sbg penulis asal artikel ni, barula selamat hasil penulisan aku ni.. nnti takut org lain claim yg diorang punya pulak, ko bknnya xtau zaman skrg ni ramai pencuri, penipu.. perogol pn bnyk.. siot betol..
aku: betul dowh cakap ko.. dulu aku pn hampir-hampir kena.. artikel aku pn ada orang nk rembat.. tp aku dh kasi settle..
mamat blogger: yeke? ko buat ape kt orang tu?
aku: aku baca doa laknat..
mamat blogger: gulp.. ganas betol la ko ni.. seram sial aku dgn ko..
aku: kah kah kah.. so, kira jadi la ek.. jgn ko cakap aku curi artikel ko pulak nanti.. padahal aku dh mohon share..
mamat blogger: hahaha.. silakan share.. aku halalkan dunia akhirat.. o.kla aku nk balik dulu ni.. esok aku kena masuk pejabat.. esok aku nk tulis artikel baru.. jumpa lg nanti bila-bila.. salam..
aku: o.k, jumpa lg.. ko jaga diri.. teruskan menulis, aku follow nanti.. haha.. wassalam..


di bawah berikut merupakan artikel mamat blogger td:

13 Fakta Menarik Fakri Saarani:

Fakri Saarani berjalan lebih laju daripada Jack Wilshere berlari


1. Fakri Saarani mendermakan jantungnya ke hospital… dua kali.
2. Fakri Saarani boleh mendengar anda menjerit di angkasa.
3. Fakri Saarani tidak akan membuat panggilan yang salah. Anda yang menjawab telefon yang salah.
4. Fakri Saarani mendapat suratkhabar Ahad pada hari Khamis.
5. Sesetengah ahli silap mata mampu berjalan di atas air, tetapi Fakri Saarani boleh berenang dalam tanah.
6. Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian. Fakri Saarani.
7. Fakri Saarani menjuarai Akademi Fantasia dengan bahasa isyarat.
8. Ketika Alexander Graham Bell mencipta telefon, beliau menerima 3 missed call daripada Fakri Saarani.
9. Fakri Saarani boleh mencincang air.
10. Fakri Saarani dilahirkan di sebuah rumah papan yang dibina olehnya.
11. Dinosaur pupus kerana Fakri Saarani kini mahu haiwan peliharaan mamalia.
12. Fakri Saarani pernah disaksikan bersin ketika menonton UCL di mamak pada tarikh Empire Shopping Gallery meletup.
13. Laporan sahih mengatakan bahawa Fakri Saarani juga pernah bersin sejurus sebelum Sharbinee Allawee melepaskan gol pertama di final Piala Malaysia 2011.


dan ini sambungannya:
  
13 Lagi Fakta Menarik Fakri Saarani:


Berikut ialah 13 lagi fakta menarik Fakri Saarani yang didedahkan oleh APAMAMA (Angkatan Peminat Manaf Mamat):
1. Ayah Pin menarik pengikut dengan cara menjaja cerita beliau menghidangkan teh kepada Ayahanda Fakri.

Markas Ajaran Ayah Pin
2. Selepas minum teh, Fakri Saarani menyuruh Isaac Newton menghidangkan sarapan buah epal. Teori Graviti dicipta pada hari tersebut.
3. Kemudian Fakri Saarani menyuruh Bill Gates membuka tingkap. Sistem pengoperasian komputer Windows dicipta pada hari yang sama.
4. Bill Gates bersara untuk menumpukan sepenuh fokus bagi memastikan beliau tidak akan lupa membayar ufti kepada Ayahanda Fakri pada setiap tahun.
5. Steve Jobs terlupa membayar ufti kepada Ayahanda Fakri hanya sekali sepanjang usia beliau: iaitu pada tahun ini.

Bill Gates berjoli ketika melancarkan Windows. Kini, beliau telah insaf.
6. Fakri Saarani boleh memijak tanah dengan kedua belah kaki dan membuat bicycle kickpada masa yang sama.
7. Fakri Saarani pernah membicycle kick Hulk. Kini, Hulk bersembunyi di dalam sebuah hutan dan menukar namanya kepada Shrek.
8. Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Ini kerana Fakri Saarani berumah di atas ombak.
9. Rasa takut kepada lelabah dinamakan araknofobia. Rasa takut kepada ruang sempit dinamakan klaustrofobia. Rasa takut kepada Fakri Saarani dinamakan logik.
10. Thi Has Thu, penjaga gol Myanmar dilapor memiliki rekod sebagai pesakit logik ketika zaman kanak-kanak.
11. Mendiang Michael Jackson pernah dijentik di bahagian sulit oleh Fakri Saarani di Taska. Beliau gagal mengatasi rasa trauma kejadian itu sepanjang hidup beliau.

Mendiang Michael Jackson
12. Para pontianak duduk di atas pokok kerana takut tengkuk mereka digigit Fakri Saarani.
13. Laporan sahih mengatakan Donald Duck pernah memiliki suara semerdu P. Ramlee sehinggalah beliau disergah oleh Fakri Saarani.

kah kah kah.. boleh tahan artikel mamat tu..

mohon share dari:


.

No comments:

Post a Comment